Loading...

Jabatan MUZIUM Malaysia

Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama (Tanah Melayu ketika itu). Kerja pembangunannya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31hb Ogos 1963. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh ke Bawah DYMM Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Yang di Pertuan Agong Ketiga. Senibina Muzium ini telah menggabungkan rekabentuk Istana Melayu tradisional dan dihiasi dengan motif Melayu. Dinding hadapannya turut dihiasi dengan dua buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali yang memaparkan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu. Pengurusan Muzium Negara kini dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di bawah portfolio Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Muzium Negara merupakan muzium termasyhur di Malaysia dan salah sebuah yang terulung di Asia Tenggara. Seni bina muzium ini berasaskan seni bina Istana Raja-raja Melayu dan mempunyai empat buah galeri utama.
 

PRODUK UTAMA

PRODUK SAMPINGAN

PRODUK INTERAKTIF

PRODUK JUALAN

28 Oktober 2021

'Core Business' JMM