Loading...

Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan.

Projek pembinaan bangunan PNM dimulakan pada 1978 di Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.

Produk utama

PRODUK SAMPINGAN

26 Oktober 2021

Temu Bual Bersama KP PNM/Wakil Jabatan