Loading...

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. ASWARA mempunyai prasarana yang lengkap bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran merangkumi kemudahan bilik kuliah, studio, bengkel serta peralatan teknologi terkini bagi memastikan graduan ASWARA mempunyai kemahiran tertinggi selari dengan keperluan industri.
ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

PRODUK UTAMA

PRODUK SAMPINGAN

PRODUK INTERAKTIF

PRODUK JUALAN

29 oKTOBER 2021

Temu Bual Wakil Jabatan dan Tokoh