Loading...

Jabatan kebudayaan dan kesenian negara

Video Serlahan Seni Budaya JKKN Sempena Minggu Budaya Malaysia memaparkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam menyemarak, memartabat dan melestarikan seni budaya negara melalui pelaksanaan aktiviti kebudayaan dan kesenian dipelbagai peringkat. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjadikan Malaysia destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia, aktiviti kebudayaan dan kesenian akan terus diperkasakan dan dipelihara khususnya keunikan sosio budaya masyarakatnya di samping memperkukuh usaha membina jati diri bangsa berteraskan seni budaya dan warisan negara.

Bermula seawal tahun 1953 sehingga kini JKKN diletakkan dalam pelbagai kementerian seiring dengan pembangunan negara. Sebagai sebuah jabatan yang mempunyai inisiatif dalam menyerlahkan aktiviti seni dan budaya sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara, JKKN komited menjadi “Peneraju Seni Budaya dalam usaha mendukung Seni untuk Seni, Seni untuk Perpaduan dan Seni Budaya untuk Penjanaan Pendapatan kepada pemain industri ke arah pembentukan jati diri dan kesejahteraan masyarakat”.

Sebagai agensi peneraju seni budaya, JKKN berpegang kepada enam (6) teras yang merangkumi asuhan dan kemahiran untuk pembangunan modal insan, memperkasakan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan seni dan budaya negara, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan seni dan budaya kepada komuniti bagi kesejaterahan rakyat, memperkukuh tadbir urus seni budaya untuk menyemarakan industri, memperkukuh jaringan kerjasama kebudayaan bagi kecemerlangan seni budaya dan memantapkan tadbir urus ke arah organisasi berprestasi tinggi.  

Kepesatan era digital dan ledakan informasi media baharu secara langsung telah mengubah  landskap seni budaya dari fizikal ke digital. Namun seni budaya akan tetap menjadi kriteria utama pembangunan jati diri Keluarga Malaysia.

Semarakkan Seni Budaya.

PRODUK UTAMA

PRODUK SAMPINGAN

PRODUK INTERAKTIF

PRODUK JUALAN

27 Oktober 2021

Media Baru Seni Persembahan IR 4.0